Monday, December 14, 2009

Pengalaman di ProCC & Prostar Auto Show

Kali ini, paparan blog tidak banyak yang bergambar..maaf ya..tidak sempat untuk ambil gambar..Tetapi mungkin akan diselitkan pada terbitan yang akan datang..

Ahad lepas, saya berkesempatan untuk menyaksikan pameran Auto Show yang diadakan bertempat di hadapan bangunan K-inkubator, MITC...Pameran yang bermula pada jam 9 pagi berakhir pada jam 6 petang.Sebenarnya saya sempat hadir pada jam 3 -4 petang sahaja.Kalau dikutkan hati, saya sebenarnya agak malas untuk memandu seorang diri ke sana.Tetapi, sebagai tanda moral support kepada tunang saya yang juga merupakan salah seorang AJK program, saya gagahkan diri juga untuk ke sana.

Itulah kali pertama melihat pameran auto show.Keseluruhannya, saya dapat simpulkan bahawa "It is not correct to blame woman spends more money than man"..Dalam masa yang sama juga, saya agak kagum dengan kehebatan dan kebolehan lelaki dalam menghias kekasih no2 mereka..To all club members, bravo guys..u all did all d best!

No comments:

Post a Comment