Monday, December 14, 2009

sambungan..

by Dr Fauziah..

assalamualaikum,




salam sejahtera utk semua sahabat...



terima kasih di atas maklumbalas dan sokongan yang diberikan utk saya terus menulis. cerita saya bukanlah cerita luarbiasa..cerita biasa dalam kehidupan.tapi tujuan saya menulis adalah utk memberitahu pelajar2 saya dan mereka yg memerlukan motivasi..ketika diri hampir rebah..ketika semangat makin lemah..ketika perjuangan kelihatan semakin goyah.







berbalik kepada cerita kematian adik kesayangan Mohd Shahrom pada tahun 1999, ia memang banyak dialami oleh pelajar2 yang berada di luar negara.tapi bagi saya ia bukan kesedihan biasa. kenapa?



saya anak sulung drpd 11 adik beradik, 6 perempuan dan 5 lelaki. pd tahun 1976, ketika saya berusia 9 tahun saya kehilangan seorang adik perempuan kerana demam panas. saya berpeluang mencium dahi adik waktu itu. tahun 1983, saya kehilangan seorang adik lelaki yang baru dilahirkan.waktu saya di asrama sek.men.agama P al-Mashoor, penang. saya tidak diberitahu pun adik saya meninggal dunia. pada tahun 1986, ketika saya belajar di Nilam Puri, kelantan..saya kehilangan seorang lagi adik lelaki yang berusia 10 tahun.Adik saya meninggal kerana lemas di sungai di Nibong Tebal. saya mengamblik penerbangan dari Kota Bharu ke Alor Setar, kerana tidak ada tiket ke pulau pinang. bila saya sampai di rumah..jenazah telah dikebumikan. hajat utk menatap wajah adik saya mohd nasir tidak kesampaian. sebab itu..bila adik lelaki bongsu saya meninggal pada tahun 1999 ketika saya di UK...kesedihan saya menjadi kesedihan yang teramat sangat. peristiwa lama berulang lagi..saya tidak dapat melihat dan menghantar jenazah adik ke tempat persemadian. kalau ditanya apa perasaan saya hari ini..saya hanya mampu mengucapkan satu ayat..."kerinduan terhadap adik2 saya yg telah pergi tidak pernah berpenghujung. .." Hinggakan saya tidak mampu lagi menziarahi pusara mereka.



bukan tidak berani menghadapi kenyataan... tapi tak sanggup mengenang lagi kesedihan masa silam.







Thn 2000, saya mencuba bersungguh utk siapkan thesis saya...peringkat menganalisa data2 yang diperolehi dari kajian di Malaysia. Januari 2000 saya menerima kunjungan tetamu dari Malaysia.seorang sahabat dari UKM yg datang bersama suaminya. Kami keluar utk makan malam di rumah kawan tak jauh dari rumah sewa saya. Pukul 8.30 malam kami pulang kerumah. waktu melangkah masuk ke dalam rumah, saya merasakan ada sesuatu yg tidak kena..bila sampai ke ruang tamu, saya lihat semua barang2 berselarakan di atas lantai. Rumah sewa kami dicerobohi dan perompak yang memecah masuk rumah saya..mengambil barang2 yang pang berharga buat saya. bukan emas, kerana saya tak punya emas permata. tapi komputer, desktop, laptop..printer. .semua yang amat penting utk pelajar2 phd. saya terduduk...nak menangis tapi tak berair mata. utk memaki perompak2 itu pun saya tak mampu..Yang saya ingat, saya cuma berdoa, Ya Allah, berikanlah pengajaran kepada manusia2 yang mengambil barang2ku..sehingga mereka tidak akan mengulangi kesalahan ini terhadap org lain."



itulah doa saya. dalam keadaan bertungkus lumus ingin menyiapkan secepat mungkin tesis phd..saya diuji dgn uijian ini.



utk membeli komputer baru, bukan mudah terutama ketika ekonomi gawat. suami pun bercuti tanpa gaji....utk meminta kepada ibubapa tak mungkin kerana keluarga saya bukan org senang. tetapi Allah itu Maha Pemurah, seorang kawan saya di Univ of Manchester memberikan sebuah komputer lamanya kepada saya. Kawan2 di Manchester mungkin pernah dengar nama Ahmad Sofi dan isterinya Salina.. (Sofi pensyarah USM tapi bekerja sebagai arkitek di Manchester).



Tak terbalas budi baik baik mereka...hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik mereka.







Bayangkanlah. .menggunakan komputer yang sudah agak lama, tentu mengambil masa...tapi saya selalu yakin dgn rahmat Allah. September 2000, suami dipanggil pulang bertugas kerana cutinya telah habis. Diikutkan hati, saya tak mahu pulang ke Malaysia kerana ingin cepat siapkan tesis. tapi difikirkan balik, suami saya telah berkorban selama 3 tahun utk saya. Biarlah kali ini saya pula berkorban utk dia. Akhirnya kami pulang ke Malaysia..menghadap i cabaran baru di tanahair sendiri..supervisor berkali-kali mengingatkan saya.."make sure you'll finish your thesis, and please come back for your viva" - pastikan awak siapkan tesis awak, dan datang semula utk bentangkan hasil kajian awak"







cabaran di Malaysia lebih hebat kerana di sini tanggungjawab kita lebih besar.kepada keluarga sendiri, kepada saudara mara dan lain2. Genap 4 tahun, thesis saya belum dapat disiapkan..Menjadi polisi universiti.. jika gagal siapkan phd dlm masa 4 tahun biasiswa ditamatkan. masih lagi boleh bernafas... selepas 4 tahun 6 bulan...gaji saya pula dihentikan.dari Jun 2002 hingga jun 2003,,saya tidak punya gaji walau sesen pun. ketika itu saya bergantung sepenuhnya kepada simpanan yang bukannya banyak. bergantung kepada gaji suami. peritnya ya Allah...baru saya tahu bagaimana perasaan isteri yang tidak bekerja.tidak punya pendapatan sendiri..terpaksa bergantung kepada apa yang diberikan oleh suami semata-mata. Dalam kepayahan dan keperitan, saya cuba juga utk menyiapkan tesis. Anak-anak mula bersekolah.. dan kesibukan saya juga bertambah. apatah lagi anak sulung saya banyak ketinggalan dalam pelajaran.Tumpuan perlu diberikan utknya yang telah berkorban utk saya...







April 2002..saya bersalin anak ke empat.seorang lagi anak lelaki... Melihat wajah anak-anak saya merasakan makin kuat azam utk menyudahkan thesis. dan saya pernah berjanji... saya mesti siapkan tesis sebagai hadiah utk arwah datuk saya yg kembali ke rahmatullah pada bulan Jun 2002..Datuk (Tok wan) lah yng menjadi sumber inspirasi saya. yang mengajar saya..erti loving, sharing dan caring..April 2003, thesis saya siap dan dihantar kepada supervisor di UK yang selalu menulis nota kecil tiap kali memulangkan kerja saya yg diperiksanya. ."My daughter..you can do it.Don't worry"







Akhirnya 8hb Jun 2003, saya terbang sekali lagi ke UK utk mebentangkan hasil kajian saya. sejujurnya, waktu itu saya ke sana denga sedikit duit yang dibekalkan suami, duit yang dipinjamkan oleh sahabat setia saya Dr Ramizah..dan ketua jabatan saya waktu itu Dr Shafai.,di sana saya menumpang rumah kawan saya Dr Fadhil pensyarah USM dan isterinya kak Ani, orang Baling. mereka lah yang menjaga makan minum saya selama saya di sana. Sahabat saya Adlina, anak kepada bekas TMB Kelantan..ustaz abdul halim dan suaminya Fauzi menghantar saya ke universiti pada 12hb Jun 2003. sebelum memulakan pembentangan, saya menunaikan solat zohor di surau universiti. Doa saya hanya satu.."Ya Allah, selama hidupku ini, daku telah diuji dengan berbagai2 dugaan. Daku tidak bernah bersungut terhadap ujianMu ya Allah.Andaikata, sikap tidak bersungut itu Kau terima sebagai amalan yang soleh..daku mohon padaMu ya Allah...permudahkan lah urusanku ini ya Allah."







adlina menghantar hingga ke muka pintu bilik pembentangan akan dibuat.saya masih ingat dia menggenggam erat tangan saya dan berkata.."Kak fauziah, you can do it." Sempat memohon restu drpd supervisor saya Dr Ibrahim Surty..dia berkata.My daugher..do your best." 45 minit bersoal jawab..menghuraikan apa yang ditanya dan mempertahan kenapa saya memilih tajuk yang agak kolot...Agricultura l Law.., saya diminta tunggu di luar sekejab. saya keluar dan menanti di bilik supervisor, dia tahu betapa resahnya saya. tapi memberitahu dia..semuanya berjalan lancar.semua soalan telah saya jawab dengan tenang. kemudian saya dipanggil masuk semula. Dr mahdy Zahra dari University of caledonian selaku external examiner, berkata, Sister fauziah..we have discussed and we have agreed to confer you a doctorate for your work.Now you are Dr Fauziah,, but you need to do a minor correction." Saya ingin menangis kegembiraan, tetapi waktu itu tidak ada airmata yang keluar..betapa saya mengharapkan dapat memeluk suami dan anak2 waktu itu.juga ibubapa di kampung utk berkongsi kegembiraan. .. Saya keluar dan terus mendapatkan dr Surty dan Adlina..berkongsi berita gembira...slepas hampir 5 tahun berjuang.... .







Tesis saya bukan yang terbaik..tidak mendapat anugerah apa pun, tetapi anugerah yang saya dapat ialah pengalaman yang tak akan dapat dibeli oleh sesiapa pun...pengalaman yg mengajar kita bahawa hidup ini penuh pengorbanan. ..perlu ada kesabaran dan ketabahan. dan kita tidak mungkin berjaya tanpa sokongan dn bantuan insan lain...



saya sambung sedikit lagi selepas ini....

No comments:

Post a Comment